Monday, October 25, 2010

ISL-M-8 ; Pembinaan Ujian

Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar
dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian
1. Ujian objektif
2. Ujian subjektif.

Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Pembinaan Ujian Objektif

Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudahturun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.



Soalan Subjektif


Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
1. Item Jenis Struktur
2. Item Jenis Esei
3. Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii.Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.


Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

No comments:

Post a Comment