Wednesday, October 27, 2010

ISL-M-15 ; Penilaian Berasaskan Pembelajaran

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran:

- Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

- Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

- Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN:

TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
1. PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN

A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah 4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game

b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru

c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a. KAEDAH JIGSAW


Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan
b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

- Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.

- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

ISL-M-13 ; Penilaian Berasaskan Sekolah

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii.Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Ciri-Ciri

•Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
•PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
- Kerja kursus / PEKA
- Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA

- Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru
sewaktu pengajaran dan pembelajaran
- LPM membekalkan dokumen pentaksiran
- LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
- Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
- Markah dihantar kepada LPM
- Sekolah mengeluarkan sijil

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

- Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
- LPM membekalkan panduan
- LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
- Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
- Sekolah mengeluarkan sijil.


Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

• Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagimatapelajaran berkenaan.

• Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

• Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

• Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek PenilaianBerasaskan Sekolah

Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

ISL-M-2 ; Taksonomi dan Domain

TAKSONOMI DAN DOMAIN

•Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

•Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

•Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

•Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor
Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF

•Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.

•Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.

•Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.

•Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?

•Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
•Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
•Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM

1- Pengetahuan
2- Kefahaman
3- Aplikasi
4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian

PENGETAHUAN

•Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

•Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
KEFAHAMAN

•Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

•Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

APLIKASI

•Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

•Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ANALISIS

•Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

•Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

SINTESIS

•Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

•Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

PENILAIAN

Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?

•Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
•Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
•Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
•Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN

•Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
•Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
•Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras
ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

•Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
•Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI

•Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
•Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI

•Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
•Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
•Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Monday, October 25, 2010

ISL-M-12 ; Kaedah Penilaian Bahasa

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
b. Jangka masa yang panjang
c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


Jenis-jenis penilaian Projek

1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

ISL-M-11 ; Kaedah Penilaian Bahasa

PENILAIAN KONTRAK PEMBELAJARAN

Pengenalan

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan

1. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

2. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

3. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.

4. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

5. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.

6. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

a. Penilaian objektif tugasan
b. Hasil Pembelajaran
c. Penilaian
d. Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.





Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

ISL-M-10 ; Kaedah Penilaian Bahasa

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Dalam menilai pengajaran bahasa, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu:
1. Penilaian Melalui Portfolio
2. Penilaian Melalui Pemerhatian

PENILAIAN PORTFOLIO

Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio

Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk:

1. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.

3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.

Kegunaan Portfolio
1. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
2. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
3. Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
4. Menilai secara sumatif pembelajaran.
5. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio

1. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

2. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

3. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

4. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

5. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara akti

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

1. Portfolio Kerja Harian
2. Portfolio Hasil Terbaik
3. Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?

1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf

3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

a. Sesebuah portfolio mengandungi:
b. Senarai semak yang disediakan oleh guru
c. Nota-nota yang disediakan oleh guru
d. Catatan jurnal
e. Buku log
f. Refleksi kendiri murid
g. Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio
1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.



PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.

Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
2. Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
3. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

Strategi Pemerhatian

1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
3. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian


Fungsi Pemerhatian
1. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
2. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
3. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

ISL-M-9 ; Jenis Penilaian Bahasa

Terdapat tiga jenis penilaian bahasa dalam sistem pendidikan masa kini. Berikut adalah jenis penilaian bahasa:

1. Ujian Formatif dan Sumatif
2. Ujian Kefasihan dan Kemajuan
3. Ujian Bakat dan Pencapaian

Ujian Formatif dan Sumatif

1.1 Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

1.2 Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif




UJIAN KEFASIHAN

Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.

UJIAN KEMAJUAN

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.


UJIAN BAKAT

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

UJIAN PENCAPAIAN

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

ISL-M-8 ; Pembinaan Ujian

Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar
dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian
1. Ujian objektif
2. Ujian subjektif.

Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Pembinaan Ujian Objektif

Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudahturun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.



Soalan Subjektif


Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
1. Item Jenis Struktur
2. Item Jenis Esei
3. Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii.Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.


Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

ISL-M-7 ; Teknik Pemarkahan Ujian Karangan

Teknik Pemarkahan Ujian Karangan

a. Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.
Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skalaordi nal ialah:

• Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,
• Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah,
• Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan sebagainya,
• Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.
Pemeriksa yang menggunakan skalanormi nal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ .
Peraturan memberi markah esei secara holistik:

1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan susunan)
2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut:

• Isi ( 25 markah) Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan
kematangan fikiran dan baik susunannya.
• Bahasa (15 markah)
Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas.
• Gaya (10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang ditentukan.
Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Esei Cemerlang

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.
2 Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.
3 Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya.
4 Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan.
6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Esei baik

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.
2 Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat ‘cemerlang’.
3 Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap)
4 Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit- sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.
6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Esei sederhana

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.
2 Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana.
3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.
4 Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah.
5 Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.
6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk

Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.
2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.
3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.
4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.
5 Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi.
6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga maksimum sebanyak tiga markah.

Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur- unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.
Contoh perincian (A) :

Isi - 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik)
Bahasa - 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan. Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah).
Gaya - 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerengganan.
Jumlah - 100


Contoh perincian (B):

Soalan : Huraikan;
(a) dua kelebihan, dan
(b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran tatabahasa.

(10 markah )

Skim pemarkahan:

(a) dua kelebihan------------2 x 2 ½ = 5 markah
(b) dua kelemahan------------2 x 2 ½ = 5 markah
__________
Jumlah
10 markah
__________


Keseluruhan / Holistik

Kebaikan:
1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata.
2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan.
3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.
4. Pelajar bebas menulis Menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

Keburukan:
1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa.
2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka.
3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru,kordinasi sukar dilaksanakan.


Perincian / Analitikal

Kebaikan:
1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.
2. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca.
3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan.
4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka. Kemahiran penulisan seolah- olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

Keburukan:
1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai
2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang.
3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat.
4. Mungkin menekankan kepada‘mencari kesalahan’ daripada ‘mencari kekuatan’ esei.

ISL-M-6 ; Permarkahan dan Markat

Pemarkahan dan Markat

A. Pengenalan
Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,
ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,
iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan, dan
iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam pemarkahan.

B. Tujuan Pemarkahan
Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.
Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat.
Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya” kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentangpencapai an pelajar

C. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.
Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.
Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada
kelas yang leibh pandai atau sebaliknya.
Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

D. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya?
Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?
Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

ISL -M-5; Analisis Item

Analisa Item:
Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item

A. Apa Itu Analisa Item?
Kaedah lain mengukur ketekalan dalaman (internal consistency) yakni hubungan diantara pencapaian sesuatu item dengan keseluruhan item adalah dengan membandingkan pencapaian tertinggi dengan terendah sesuatu item
Analisa Item (item analysis) adalah kaedah yang melibatkan penentuan bagaimana sesuatu item ujian berfungsi dan sejauh manakah sesuatu ujian itu mendiskriminasikan pencapai yang tinggi dengan pencapai yang rendah atau lemah dalam ujian tersebut.

B. Apakah Itu Indeks Kesukaran item dan Indeks Diskriminasi Item?
Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah pengukuran ketekalan dalaman (internal consistency).
Indek Kesukaran (Item difficulty) adalah suatu kaedah pengukuran kesukaran keseluruhan item ujian. Lagi rendah nilai p, lagi sukarlah nilai item tersebut secara teori.
Indeks Kesukaran (Item discrimination) menunjukkan kita bagaimana sesuatu item itu berjaya mengesan atau mengasingkan pencapaian pelajar cemerlang dengan pelajar doraemon.
Indeks Diskriminasi [ID atau DI] (discrimination index) dikira dengan menolak (subtracting) bahagian bawah 27% pelajar yang menjawab jawapan dengan betul dengan 27% bahagian atas pelajar yang menjawab jawapan dengan betul.
Adalah lebih penting/mustahak untuk item mendiskriminasi dari item itu sukar.


C. Bagaimanakah anda menentukan kesukaran item dan indeks diskriminasi?
Bahagikan pengambil ujian kepada tiga kumpulan, berdasarkan kepada pencapaian ujian keseluruhan :
Top 25% or 27%. (bergantung kepada saiz sampel. Jika >30 gunakan 27%)
Middle 50%
Bottom 25% or 27%
Perlu tahu dua perkara :
Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.
Bilangan pelajar dalam kedua-dua kumpulan yang mendapat jawapan betul.

Katakan sejumlah 200 pelajar mengambil ujian tersebut. Kumpulan yang mendapat pencapaian tinggi adalah 54 (.27 x 200) dan kumpulan yang mendapat pencapaian rendah juga adalah 54 .
Pada item (soalan) 1, sebgai contoh 48 dari kumpulan atas, 42 dari kumpulan tengah , dan 37 dari kumpulan bawah mendapat jawapan atau menjawab dengan betul.

Indek Item Kesukaran : agihan yang mendapat jawapan betul
p= 48+42+37/200=127/200=.64

Indek Diskriminasi : DI=% kumpulan atas mendapat jawapan betul - % kumpulan mendapat jawapan betul
DI= (48/54) - (37/54)= .89-.69=.20

D. Nilai yang dicadangkan bagi nilai p dan DI?
Cadangan Indeks Kesukaran bagi pelbagai item ujian :

Number of Options (k) Optimum Difficulty Index
2 (True-False) .85
4 .74
Open-Ended .50


Lagi tinggi nilai DI (up to 1), lebih baik tugasan mendisriminasi pelajar cemerlang dengan pelajar doraemon.
Jika D = 1, ia bermaksud semua kumpulan teratas dan tiada seorang dari kumpulan doraemon dapat menjawab item itu dengan betul
Jarang D (jika ada) = 1 or O
Sesuatu item mempunyai tahap nilai diskriminasi jika D => .30
p dan D bukanlah nilai keberangkalian tersendiri (independent probabilities).
Indeks Diskriminasi > .30 adalah kekadang diterima apabila kita memperolehi nilai p yang sangat tinggi

Wednesday, July 28, 2010

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian

DEFINISI

JSU merupakan instrumen yang akan menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Monday, July 5, 2010

ISL-M-1(27/06/2010 - 01/07/2010) ; Konsep Penilaian, Pengujian dan Pentaksiran

1.1 Pengertian Penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya.

Aktiviti 1
a. Cuba fikirkan apakah matlamat pensyarah mengajar sesuatu kursus di bilik kuliah dan makmal.
b. Apakah peranan penilaian dalam memastikan bahawa matlamat pengajarannya dicapai?
c. Apakah aspek-aspek penilaian yang perlu diperhatikan oleh pensyarah bagi memastikan matlamat pengajarannya dicapai?
d. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pensyarah bagi memastikan matlamat pengajarannya tercapai?
e. Senaraikan risiko yang berkait dengan keputusan pensyarah untuk membuat keputusan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan.

1.2 Pengertian Pentaksiran dan Pengukuran

Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.

Aktiviti 2
a. Cuba fikirkan yang mana lebih berkesan: meyakinkan seseorang dengan pendapat atau dengan angka? Berikan alasan mengapa anda berfikiran sedemikian?
b. Perkembangan sains selalu dikaitkan dengan angka. Cuba fikirkan bagaimanakah pengukuran membantu membangunkan bidang sains.
c. Sejauh mana kebenaran kata-kata Edward Thorndike (1914): “Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnya”.

1.3 Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Aktiviti 3
a. Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian?
b. Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih?
c. Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina?
d. Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksanakan dengan berkesan?