Monday, October 25, 2010

ISL-M-7 ; Teknik Pemarkahan Ujian Karangan

Teknik Pemarkahan Ujian Karangan

a. Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.
Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skalaordi nal ialah:

• Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,
• Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah,
• Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan sebagainya,
• Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.
Pemeriksa yang menggunakan skalanormi nal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ .
Peraturan memberi markah esei secara holistik:

1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan susunan)
2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut:

• Isi ( 25 markah) Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan
kematangan fikiran dan baik susunannya.
• Bahasa (15 markah)
Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas.
• Gaya (10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang ditentukan.
Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Esei Cemerlang

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.
2 Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.
3 Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya.
4 Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan.
6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Esei baik

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.
2 Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat ‘cemerlang’.
3 Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap)
4 Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit- sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.
6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Esei sederhana

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.
2 Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana.
3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.
4 Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah.
5 Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.
6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk

Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.
2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.
3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.
4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.
5 Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi.
6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga maksimum sebanyak tiga markah.

Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur- unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.
Contoh perincian (A) :

Isi - 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik)
Bahasa - 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan. Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah).
Gaya - 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerengganan.
Jumlah - 100


Contoh perincian (B):

Soalan : Huraikan;
(a) dua kelebihan, dan
(b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran tatabahasa.

(10 markah )

Skim pemarkahan:

(a) dua kelebihan------------2 x 2 ½ = 5 markah
(b) dua kelemahan------------2 x 2 ½ = 5 markah
__________
Jumlah
10 markah
__________


Keseluruhan / Holistik

Kebaikan:
1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata.
2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan.
3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.
4. Pelajar bebas menulis Menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

Keburukan:
1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa.
2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka.
3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru,kordinasi sukar dilaksanakan.


Perincian / Analitikal

Kebaikan:
1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.
2. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca.
3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan.
4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka. Kemahiran penulisan seolah- olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

Keburukan:
1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai
2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang.
3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat.
4. Mungkin menekankan kepada‘mencari kesalahan’ daripada ‘mencari kekuatan’ esei.

1 comment:

  1. apa perbezaan di antara permarkahan, penskoran dan pengredan dalam sesuatu ujian atau peperiksaan?? Tq utk perhatian

    ReplyDelete