Monday, October 25, 2010

ISL-M-6 ; Permarkahan dan Markat

Pemarkahan dan Markat

A. Pengenalan
Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,
ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,
iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan, dan
iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam pemarkahan.

B. Tujuan Pemarkahan
Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.
Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat.
Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya” kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentangpencapai an pelajar

C. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.
Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.
Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada
kelas yang leibh pandai atau sebaliknya.
Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

D. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya?
Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?
Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

No comments:

Post a Comment